Saturday 17 December 2011

Irfan Khairi

  Profil Usahawan Pilihan


 






Nama : Irfan Khairi
Umur : 28 Tahun
Asal : Perak
Jawatan : Jutawan Internet
Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom




 








Beliau mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain.Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu, Irfan setelah habis pengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet.

Dalam masa tiga tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata.