Saturday 17 December 2011

Datuk Jamal Md Yunos






















BIODATA

Nama: Datuk Jamal Md Yunos
Umur: 33 tahun
Asal:Sungai Leman, Sekinchan
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn Bhd
Isteri: Nurhanizatul Shida Mat Hassan


Menceritakan kembali zaman kesusahannya waktu itu, Jamal berkata, keluarganya bukan daripada kalangan orang senang. Bapanya hanya bekerja kampung manakala ibunya penjual kuih. Sebaik tamat sekolah di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.Berbekalkan wang hasil kerja kampungnya sebanyak RM80, dia berazam mengubah nasib dirinya dan keluarga.Di Kuala Lumpur, beliau bekerja sebagai budak penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.Selepas dua bulan menjadi budak penghantar surat, dia berhenti kerja akibat tidak tahan leteran majikan sebelum bekerja di kilang Ramly burger di Cheras dengan pendapatan RM10 sehari.
 
Bosan dengan kerja makan gaji, pemilik syarikat pengimport dan penjual kenderaan import baru dan terpakai IBM Automobiles Sdn Bhd ini tekad memulakan hidup baru dengan membuka perniagaan menjual burger di sekitar Bandar Baru Sentul. Waktu itu beliau, menggunakan kayu terpakai mendirikan gerai mengikut kreativitinya sendiri, termasuk mengecat sebagai langkah permulaan.Tidak menyangka sambutan diterima di luar jangkauan, bermula hanya sebuah gerai ia berkembang menjadi 11 gerai menjual burger sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun beroperasi.


Dalam tempoh itu juga,  beliau mampu membeli tujuh van digunakan sebagai kemudahan berniaga di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi serentak.Pada 1995, minat beliau lebih terarah ke bidang automotif pula dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran.Prestasi baik yang ditunjukkan membolehkan beliau ditawarkan jawatan eksekutif jualan kepada beberapa syarikat pengimport kereta.Jawatan itu juga membolehkan beliau menjelajah ke Itali, Jepun dan negara Eropah lain bagi mengetahui lebih lanjut mengenai dunia automotif.Kini beliau mampu tersenyum puas apabila jualan keretanya menjangkau 30 kereta sebulan, malah semua anak syarikatnya juga dalam keadaan stabil.