Saturday 17 December 2011

Muhammad Syahmi Naim Suboh














BIODATA

Nama : Muhammad Syahmi Naim Suboh
Umur : 22 Tahun
Asal : Jerantut, Pahang.
Jawatan : Pengasas Syarikat Puncak Jaya Agroland
Pendidikan : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Anugerah:Tokoh Pelatih Terbaik (Lelaki) pada Majlis Konvokesyen Institut Skill-Tech 2011


Walaupun hanya berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), seorang bekas pelajar Institut Skill-Tech  mampu membuktikan usaha dalam bidang ternakan boleh merubah kehidupan jika ia dilaksanakan secara tekun dan berterusan.Beliau kini sudah boleh berbangga dan tersenyum apabila memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan hasil usaha gigihnya menceburi bidang ternakan kambing dan lembu pada April tahun lalu.

Bermula secara kecil-kecilan menternak kambing dan lembu sewaktu masih belajar di Institut Skill- Tech Durian Tunggal dekat sini, ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman RM400,000 bagi membolehkan Muhammad Syahmi Naim mengusahakan industri tersebut.Berkat kegigihannya, dia kini sudah mempunyai 300 ekor kambing dan 34 ekor lembu di samping mengusahakan lembu tenusu dan tahun ini syarikat yang diusahakannya mula menuai hasil apabila sebanyak 250 ekor kambing telah dijual untuk dikorbankan sempena Hari Raya Haji.

Hasil usaha gigihnya, beliau mendapat pengiktirafan dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan sebagai Usahawan Berdaya Maju.Beliau berazam untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputra terbesar mengusahakan industri tersebut dengan berskala besar pada masa depan.