Thursday, 10 November 2011

Pengusaha Laman Web Dan Blog

HANYAmenerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog, Samsul Zamzuri mampumemperoleh pendapatan lima angka sebulan.

SELAIN daripada perniagaan Internet, seseorang juga boleh memperolehpendapatan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog mereka. Menarik bukan? Anda hanya menulis atau mengemas kini laman web atau bloganda, dan iklan yang masuk memberikan anda pulangan yang besar. 

Itulah yang telah terjadi kepada seorang pengusaha laman web dan blog,Samsul Zamzuri Abu Bakar yang kini hanya bekerja di rumahnya di Sungai Buloh,Selangor. Kerjaya sebagai juruaudit dalaman ditinggalkan Samsul Zamzuri, 33, sejaktahun 2005 setelah dua tahun membangunkan laman web dan blog.

"Saya mengambil keputusan itu setelah melihat ia mampu menjanapendapatan empat kali ganda lebih besar daripada apa yang saya lakukan padamasa itu.Kini, setiap bulan, saya mampu memperoleh pendapatan lima angka,"kata Samsul yang merupakan graduan dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

"Dan saya percaya, bukan setakat puluhan ribu, bahkan dengan pekerjaanini mampu menjadikan seseorang itu jutawan. Di Malaysia, barangkali belum adasesiapa yang bergelar jutawan hanya dengan iklan yang masuk ke dalam laman webatau blog.Tapi di luar negara, saya yakin ada. Yalah, kalau pendapatan seharimereka mampu mencecah AS$5,000 dolar (RM15,950) masakan tidak boleh jadijutawan," ujarnya yang mengusahakan laman web, portal, direktori web danblog. Antaranya ialah www.osx-e.com dan blog webmaster Malaysiawww.szab.net/blog/. 

Menurut Samsul, pengiraan pendapatan menerusi laman web atau blog ialahbergantung kepada berapa banyak pengguna yang mengklik iklan tersebut dan bagiiklan banner pula berapa kali ia muncul berdasarkan lawatan pengguna yang masukke dalam laman webnya.

"Sebagai contoh, bagi iklan klik, satu klik iklan itu sahaja bolehbernilai serendah 3 sen Amerika sehingga menjangkau AS$80 dolar (RM255),setakat yang pernah saya ketahui. Nilainya berbeza mengikut iklan. Sayakebiasaannya mendapat antara 4 hingga 5 dolar (RM16) untuk satu iklan yangdiklik pengguna. Bagiiklan banner pula, 1,000 kemunculan menyamai 8 dolar (RM25)," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai prosedur lazim yang dilalui untuk mendapatkaniklan, pengusaha laman web atau blog perlu memohon kemasukan iklan daripadasyarikat perantara pengiklanan seperti Google Adsense menerusi laman web Googleatau ValueClick Media. Setelah mengisi borang permohonan yang berkehendakkan butiran mengenai lamanweb diisi, laman web berkenaan akan diperiksa dan diuji sama ada layak atautidak untuk dimasuki iklan.

Pendapatan boleh diterima dengan beberapa cara antaranya kiriman cek atausistem western union yang ditawarkan perkhidmatannya oleh bank dan pihaktertentu seperti bank CIMB, RHB dan pejabat pos. Samsul turut menerangkan, selain daripada mendapat iklan secara perantaraan,ada juga iklan yang masuk ke dalam laman webnya secara terus. Ini biasanyamelibatkan pengiklan dalam negara.

"Ia dilakukan dengan cara saya mengiklankan dalam laman web sayapelawaan untuk orang ramai atau pengiklan yang berminat untuk mengiklankanproduk mereka di laman web atau blog saya," katanya. Kini, masa Samsul banyak dihabiskan di rumah. Katanya, boleh dikatakankomputer di rumahnya terbuka 24 jam.

"Malam bila hendak tidur sahaja baru tutup," katanya yang sedangmenunggu masa untuk mengambil anaknya di sekolah pada hari itu. Tambah Samsul: "Apa yang boleh saya katakan, tidak ada ruginyamelakukan kerja ini. Dengan modal yang terlalu sedikit, kita tidak akan rugi.Bahkan, margin keuntungan kita (perbezaan antara modal dan keuntungan) bolehjadi lebih tinggi daripada syarikat-syarikat besar. Apapun,nasihat saya sebelum menjadikannya kerjaya yang serius, lakukannya sebagai hobikerana nasib juga memainkan peranan. Bukan semua laman web mudah melepasi ujiankemasukan iklan."